Tuesday 8 July 2014

PROGRAM KEIBUBAPAAN KEMAS PARLIMEN BUKIT GANTANG


Oleh dan Foto : Asha Ahmad

BUKIT GANTANG - Ramai ibubapa menyambut baik saranan KEMAS bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran ibubapa terhadap tahap pendidikan kanak-kanak. Hal ini dinyatakan pada Program Keibubapaan yang telah dilaksanakan pada 25.6.2014 yang lalu. Hasil kunjungan semula ibubapa yang hadir yang dibuat oleh Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska, mereka menyarankan supaya program ini dilaksanakan lagi bagi memberikan lebih banyak info berkaitan nutrisi tumbesaran kanak-kanak.



Didalam program ini, seramai 180 orang ibubapa termasuk Kakitangan KEMAS Parlimen Bukit Gantang telah mengambil bahagian didalam program tersebut. Program ini telah diadakan di Eko Pelajaran, Hutan Paya Bakau, Kuala Sapetang. Program ini turut dihadiri oleh Pn. Hjh. Selabiah binti Awang, Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Parlimen Bukit Gantang.








Didalam ucapannya beliau menyeru supaya ibubapa mengamalkan diet yang seimbang untuk anak-anak. Diet yang seimbang mampu membekalkan nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina, keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan tumbesaran dan memelihara kesihatan anak-anak. Panduan Piramid Makanan amat diperlukan bagi merancang diet yang seimbang.

Ibubapa yang hadir berterima kasih kepada pihak KEMAS dan mereka yakin dengan pemakanan yang diamalkan di Tabika dan Taska adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Program ini turut disusuli dengan 2 Demontrasi masakan yang disampaikan oleh Pn. Rogayah binti Asa'ad, Pemaju Masyarakat Tabika Taman Sungai Mas. Beliau telah membuat demontrasi Roti Bersalut Cream Creaker dan Makaroni Piza Keju. Program ini turut disusuli Ceramah Keibubapaan yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd. Khairi bin Musa, Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Bukit Gantang.










En. Abdullah bin Jaafar selaku Pengerusi Induk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KEMAS kerana telah berjaya mengadakan program ini dan beliau berbesar hati kerana telah memilih Tabika KEMAS Kuala Sapetang sebagai tuan rumah.

No comments:

Post a Comment