Thursday 10 July 2014

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK GAZA PALESTIN

Oleh : Asha Ahmad
Foto : Imah Latif

BUKIT GANTANG - Bedilan demi bedilan kedengaran di bumi Palestin menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kekejaman rejim Israel berterusan tanpa mengira kanak-kanak, wanita mahupun warga emas.

KEMAS Parlimen Bukit Gantang mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan yassin supaya Allah memberikan kekuatan, keampunan, kesejahteraan serta meringankan penderitaan Rakyat Palestin dan Negara-Negara Islam yang berada di kancah peperangan. Solat dan Bacaan Yassin telah diimamkan dan dikhalifahkan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd. Khairi bin Musa, Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Bukit Gantang.

Program ini turut dihadiri Jawatankuasa Wanita Bahagian UMNO Bukit Gantang. Seramai 18 orang telah menyertai program ini. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Utama, PKM KEMAS Parlimen Bukit Gantang pada hari ini.



Wednesday 9 July 2014

MAJLIS 3 DALAM 1

Oleh : Asha Ahmad
Foto : Saba Osman

BUKIT GANTANG – Keceriaan jelas terpancar di wajah kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Temerlok kelmarin ( 20.6.2014 ) kerana mereka diraikan didalam Majlis Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak suku ke-2 pada tahun ini. Mereka turut menerima sumbangan cenderahati daripada ibubapa yang hadir. Acara kemuncak adalah acara memotong kek yang disediakan oleh Pn. Sabariah binti Osman, Pemaju Masyarakat Tabika Kampung Temerlok bersama-sama dengan semua ibubapa yang anak mereka lahir pada bulan April dan Jun.







Didalam majlis yang sama telah diadakan Majlis Bacaan Yassin bagi memberkati serta merahmati kanak-kanak Tabika supaya mereka labih cemerlang dan berdedikasi sepanjang tahun 2014. Bacaan Yassin ini telah dikhalifahkan oleh Al-Fadil Ustaz........



Pada hari yang sama juga turut diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tabika untuk perancangan Tabika Kampung Temerlok 3 bulan akan datang. Didalam mesyuarat pada kali ini telah dibincangkan Majlis Sukan DUN Trong yang akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Jawatankuasa yang hadir bersemangat untuk bersama-sama membantu Pemaju Masyarakat untuk melatih kanak-kanak dan memenagi acara yang bakal dipertandingkan.