Wednesday 9 July 2014

MAJLIS 3 DALAM 1

Oleh : Asha Ahmad
Foto : Saba Osman

BUKIT GANTANG – Keceriaan jelas terpancar di wajah kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Temerlok kelmarin ( 20.6.2014 ) kerana mereka diraikan didalam Majlis Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak suku ke-2 pada tahun ini. Mereka turut menerima sumbangan cenderahati daripada ibubapa yang hadir. Acara kemuncak adalah acara memotong kek yang disediakan oleh Pn. Sabariah binti Osman, Pemaju Masyarakat Tabika Kampung Temerlok bersama-sama dengan semua ibubapa yang anak mereka lahir pada bulan April dan Jun.







Didalam majlis yang sama telah diadakan Majlis Bacaan Yassin bagi memberkati serta merahmati kanak-kanak Tabika supaya mereka labih cemerlang dan berdedikasi sepanjang tahun 2014. Bacaan Yassin ini telah dikhalifahkan oleh Al-Fadil Ustaz........



Pada hari yang sama juga turut diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tabika untuk perancangan Tabika Kampung Temerlok 3 bulan akan datang. Didalam mesyuarat pada kali ini telah dibincangkan Majlis Sukan DUN Trong yang akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Jawatankuasa yang hadir bersemangat untuk bersama-sama membantu Pemaju Masyarakat untuk melatih kanak-kanak dan memenagi acara yang bakal dipertandingkan.






No comments:

Post a Comment