Oleh : Asha Ahmad
Foto : Ita Dza
BUKIT GANTANG, 7.5.2014 ( Rabu ) – Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Bukit Gantang telah mengadakan Bengkel Jahitan Tudung 3 Layer di Bengkel Jahitan Trong. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan keluarga untuk penambahan pendapatan keluarga.Bengkel ini turut menerapkan dan menggalakkan peserta supaya lebih berdikari dengan memanfaatkan kemahiran yang diperolehi di Bengkel Jahitan KEMAS khasnya untuk keluarga sendiri disamping menjimatkan perbelanjaan. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada peserta dan masyarakat setempat. Bengkel ini telah dihadiri seramai 23 orang.
Bengkel ini telah diterajui oleh Pn. Zurita binti Dzahir, Pemaju Masyarakat
KEMAS Bukit Gantang dan dibantu oleh Pn. Naemah binti Mohd. Latif dan Pn. Asra
Nooraiza binti Abdul Rahim. Rata-rata peserta yang hadir mengucapkan tahniah
dan berterima kasih kepada pihak KEMAS kerana dapat mengadakan bengkel seumpama
ini kerana ianya amat bermanfaat untuk mereka bagi mengurangkan kos sara hidup
dan mampu menjana ekonomi keluarga. Mereka juga berharap bengkel sebegini dapat
diadakan secara berkala untuk masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment