BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK GAZA PALESTIN
Oleh : Asha Ahmad
Foto : Imah Latif
BUKIT GANTANG - Bedilan demi bedilan kedengaran di bumi Palestin menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kekejaman rejim Israel berterusan tanpa mengira kanak-kanak, wanita mahupun warga emas.
KEMAS Parlimen Bukit Gantang mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan yassin supaya Allah memberikan kekuatan, keampunan, kesejahteraan serta meringankan penderitaan Rakyat Palestin dan Negara-Negara Islam yang berada di kancah peperangan. Solat dan Bacaan Yassin telah diimamkan dan dikhalifahkan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd. Khairi bin Musa, Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Bukit Gantang.
Program ini turut dihadiri Jawatankuasa Wanita Bahagian UMNO Bukit Gantang. Seramai 18 orang telah menyertai program ini. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Utama, PKM KEMAS Parlimen Bukit Gantang pada hari ini.